Apakah itu PAK21?

Apakah itu PAK21?
PAK21 adalah pembelajaran abad ke 21. Sebarang pembelajaran yang melatih murid dengan kemahiran abad ke 21 (4 C: Communication, Collaboration, Creativity, Critical thinking).
Communication: Sumbangsaran, teknik penyoalan yang mengundang respon murid.
Collaboration: Kerjasama kumpulan dari segi maklumat, peranan dan kerjasama guru& murid dalam menyediakan bahan PdPc.
Creativity: Persembahan maklumat murid mengikut kreativiti, penyelesaian masalah dengan pelbagai bentuk respon, idea mengikut imaginasi murid.
Critical Thinking: Penyelesaian masalah, HOTs dengan bimbingan berperingkat, maksud tersirat dengan pengunaan iThink Maps untuk menyusun sumbangsaran/idea.
PdPC:
PdPC terancang dan dikawal sepenuhnya. Pembelajaran bermaksud murid dilibatkan secara aktif dan menjadi subjek utama dengan guru sebagai pembimbing. Murid juga diberikan dorongan. Pembelajaran dan pencapaian murid akhirnya dinilai.

*buatlah apapun janji aspek-aspek di atas dipenuhi. Mudah dan boleh ditafsirkan dengan meluas (janji dalam konteks!)💪

Catat Ulasan

0 Ulasan