Mudah Belajar dengan 'Mini Book' (Tutorial&Template)

Suatu masa dahulu, 'mini book' telah digunakan untuk aktiviti KSSR. Mungkin ramai sudah lupa tentang buku mini ini. Mari kita bugarkan kembali dan buat 'mini book ini untuk murid-murid kita. 

Kegunaan:
1. Untuk aktiviti penggayaan dan hasil kerja murid. Murid memadankan gambar dan ayat dengan cara yang menyeronokkan.
2. Boleh disiapkan dan dipamerkan pada dinding kelas atau sebagai bahan sumber dalam kelas.
3. Murid belajar mendengar arahan semasa membuat 'mini book ini.

Cara-cara penyediaan:
1. Sediakan sekeping kertas dan lipat 8 bahagian seperti di bawah.


 2. Potong pada bahagian tengah.








3. Lipat dan cantumkan pada bahagian antara tetulang kertas. 










4. Sediakan gambar dan ayat. Boleh download:



5.  Murid-murid tampal gambar dan ayat sehingga siap.





6. Boleh gunakan stickers untuk tulis tajuk dan nama..Ikut Kreativiti guru dan murid. Sticker beli kat DIY je. RM3.30.


Selamat mencuba =)






Catat Ulasan

0 Ulasan