PANDUAN RINGKAS PENULISAN REFLEKSI DALAM RPH



PANDUAN RINGKAS PENULISAN REFLEKSI DALAM RPH


Penulisan refleksi adalah satu komponen penting dalam penyediaan RPH. Pentingnya refleksi adalah kerana:
- Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan
- Membina intervensi
- Mengenalpasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang
- Memahami prestasi murid
- Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc
- Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas

Tiada format tetap tentang penulisan refleksi. Yang ada hanyalah pembudayaan. Berikut adalah serba sedikit panduan untuk penulisan refleksi yang berkesan. 


1. Apakah pencapaian murid?
- Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran?
- Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran?
(dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu)

2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai? 
- Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.

3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian?- Apakah aktiviti yang paling murid enjoy?
- Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil?


4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan? 
- Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik).

Contoh (intervensi) penambahbaikan:
- menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata

- mengolah soalan agar murid memahami soalan
- menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras
- mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid
- menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan
- memberi lebih 'wait time' untuk murid respon
- menghadkan masa untuk aktiviti 'running dictation'

dan sebagainya. 


Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku





 

Catat Ulasan

0 Ulasan