31 Cara Mengawal Murid Dalam Kelas




Mengawal murid penting bagi memastikan kelancaran PdPc. Mengikut pengalaman dan perkongsian saya bersama rakan-rakan guru, berikut ialah antara teknik mengawal murid yang boleh dibuat.

1. Traffic Light Cards
Penggunaan traffic light cards sebagai penalty cards. Hijau untuk 'BAIK', Kuning untuk 'AMARAN PERTAMA' dan Merah untuk 'DENDA'. Pilih denda yang berpatutan ya.

2. Hands Signals
Guru menggunakan isyarat tangan untuk mendiamkan murid. Contoh, 1,2,1,2....Finger on your lips...

3. Time-off
Murid diberikan 'time-off' pengecualian daripada pembelajaran atau sesi hiburan bersama guru sebagai denda. Murid memandang dinding selama 5 minit, berada di satu sudut dalam kelas dan sebagainya.

4. Point Deduction
Markah individu atau kumpulan dipotong jika perlakuan tidak sepatutnya berlaku dalam kelas. 

5. 100 squares
Petak besar dengan 100 petak segiempat bernombor 1-100. Setiap kali murid melakukan perbuatan baik, maka satu petak dilorekkan. Jika sebaliknya, 1 petak dipadam. Mesti jelas contoh perbuatan yang boleh diterima dan tidak.


6.  Diverse Grouping
Pelbagaikan latar belakang murid seperti tahap pembelajaran, bangsa dan kawan rapat agar 'something in common' dapat diatasi kerana perkara sebegitu boleh menyebabkan mereka dalam 'comfort zone' untuk berbual.

7. Kumpulan Sederhana
Kumpulan sederhana dikategori kan sebagai 3-6 orang. Saiz ini sesuai untuk setiap ahli memegang peranan masing-masing dan mudah untuk diperhatikan. Jadi tiada 'sleeping partner'.

8. Suasana Kelas
Suasana kelas merujuk kepada banyak aspek. Jika kelas mempunyai tone warna pastel, murid mudah menjadi bosan. Warna vibrant menjadikan murid lebih fokus. Warna/corak dominan pada bahagian depan kelas memudahkan murid memberi perhatian. Pada waktu tengah hari, murid lebih penat dan tidak selesa, jadi guru perlu pilih aktiviti yang lebih ceria, pergerakan fizikal dan penuh dengan media. 

9. Kedudukan Tempat
Gunakan jenis kedudukan yang murid tidak mudah menyembunyikan diri. Mudah guru perhatikan. Apabila sesuatu perlu ditonton atau mendengar arahan guru, kerusi murid semua menghadap hadapan.

10. Busy Bee
Pastikan bahan sumber dan aktiviti penggayaan ada banyak di dalam kelas. Murid jadi bising dan tidak terkawal semasa aktiviti selalunya kerana mereka tidak tahu hendak buat apa dan jika siap awal latihan, mereka tiada aktiviti tambahan. 'keep them occupied'.

11. Hi-Lo Technique
Murid jadi bosan sebab suara cikgu yang perlahan dan tidak meyakinkan. Oleh itu, guru perlu menguatkan suara. Boleh juga guna mikrofon.  Pelbagaikan intonasi. Jika murid terlalu bising cikgu, berbisik dan senyap, freeze, tunggu sehingga murid senyap kerana mereka pasti ingin tahu kenapa guru senyap.

12. Good Behaviour Badges/Tags
Berikan button badges atau tags bertulis good behaviour untuk membina harga diri murid. 



13. Timed Rewards
Murid diberikan ganjaran tertentu jika mereka dapat mengawal suara dan perangai mereka untuk setiap aktiviti.

14. Group Points
Berbeza dengan point individu, dalam group points, ahli kumpulan sentiasa memastikan ahli kumpulan lain mengawal tindakan mereka demi menjaga markah kumpulan.

15. Jail Corner
Murid yang melakukan perbuatan tidak baik di dalam kelas akan dimasukkan ke dalam jail di sudut kelas. Teknik ini telah diperkenalkan oleh SK Sri Pulai Perdana. Tahniah!

16. Noise O Meter
Satu spinner meter dibuat. Ada indikator tahap suara mereka yang dibenarkan mengikut tugas.



17. Countdown
Guru meletakkan 'countdown' sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Dengan itu, murid segera senyap dan bersedia.

18. Closed Requests
Ini satu kaedah psokologi win-win situation. Contoh, "Jika murid semua menyiapkan tugasan ini tanpa membuat bising, cikgu bagi anda semua tonton 'short clip' Upin Ipin". Bila semua telah menuruti arahan guru, guru mengucapkan terima kasih dan menjelaskan kenapa mereka diberikan ganjaran.

19. Jobs
Murid diberikan tugas untuk melatih mereka menyelesaikan sesuatu dengan bekerjasama antara satu sama lain. Contoh, murid bantu susun meja sebelum mula kelas, murid mengemas kelas sebelum guru masuk. Apabila ada 'shared responsibility'  barulah murid akan pastikan rakan-rakan mereka juga memberi kerjasama semasa pembelajaran.

20. Tattle Monster
Satu kotak tisu dengan hiasan raksasa yang mengerikan disediakan. Setiap kali murid yang kerap mengadu ada aduan, mereka boleh tulis dalam sehelai kertas dan masukkan ke dalam kotak itu. Lama kelamaan murid akan memikirkan sendiri samada perlu atau tidak untuk mengadu lagi dan menghadapi raksasa itu.


21. Ignorance
Murid yang suka membuat bising di kala murid lain memberi perhatian ialah murid yang mahukan perhatian. Boleh cuba untuk 'ignore' terus dan lama-kelamaan murid itu sedar bahawa tiada siapa suka dan pedulikan perangainya yang sebegitu.

22. Withitness
Satu teknik oleh behaviourist terkenal, Kounin. Cikgu perlu jadi seperti orang banyak mata. Contoh, semasa cikgu mengajar, tiba-tiba Ali sedang sibuk berbual dengan Amin. Cikgu nyatakan, 'Ali! Cikgu boleh nampak apa yang awak sedang buat dengan Amin'. Dengan itu, murid tahu mereka sentiasa diperhatikan.

23. Routines
Rutin tetap setiap kali kelas boleh melatih murid untuk lebih sedia sebelum PdPc berlangssung. Disiplin juga terbentuk. Contoh, lafaz sifir, jazz chants, nyanyian lagu dan sebagainya.

24. Rules
Perlu ada panduan tetap perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam kelas. Di awal tahun, guru perlu berbincang bersama murid-murid 'the expected behaviours'. 

25. Call Backs
Guru memanggil "If you hear me, clap your hands". "Jika awak dengar saya, angkat tangan!". Murid menggunakan fizikal untuk memberi respon dan jadi lebih bersedia.

26. Attention Grabbers
Guru menggunakan chants yang menarik dan berirama. Murid perlu respon secara lisan menyebabkan mereka alert.


27. Sir Yes Sir
Apabila murid mula membuat bising, guru melaungkan 'Attention!', dan murid lain menunjukkan tangan hormat sambil menjerit 'Sir Yes Sir!'

28. BRILLIANT
Setiap kumpulan akan diberikan huruf demi huruf sehingga lengkap BRILLIANT. Syaratnya, bagi setiap aktiviti murid perlu mengawal tindakan mereka. Jika mereka patuh, huruf demi huruf diberikan bagi setiap pusingan. Bila lengkap huruf mereka, kumpulan yang BRILLIANT diberikan ganjaran.

29. Black Circle
Guru melukis satu bulatan besar. Setiap kali mana-mana ahli kumpulan melakukan kesalahan, lorekan kecil dibuat. Jika lorekan telah memenuhi bulatan maka satu kelas kena denda.

30. Blurt Beans
Setiap murid dapat beberapa biji kacang. Murid berusaha menjaga biji kacang mereka agar dapat mereka masukkan ke dalam botol dengan ganjaran mengikut aras. Jika perbuatan tidak baik berlaku, guru mengambil beberapa biji kacang and dengan itu melambatkan proses memenuhkan botol tersebut. Boleh juga guna guli atau yang bersesuaian.


31.  Students Vs Teacher
Satu petak perlawanan disediakan. Beberapa peraturan tetap ditentukan. Contohnya 10. Jika murid patuh arahan, murid yang dapat markah, jika tidak, guru yang dapat markah.




Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku


31 Cara Mengawal Murid Dalam Kelas 31 Cara Mengawal Murid Dalam Kelas Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on May 01, 2017 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.