Amalan Baik PdPc PAK21 (Episod 3)




Kini sudah episod 3. Saya kongsikan beberapa amalan baik PdPc beberapa orang guru bimbingan saya.

1. Encik Ahmad Asyraf Bin Abdul Razak, SK Sinar Bahagia
Penggunaan Dart Markah sebagai ganjaran dalam permainan. 


 


2. Encik Amirul Firdaus Bin Zakaria, SJKC Kulai 1
Persembahan Lagu
Murid diberikan lagu, mereka diberi peluang mempersembahkan lagu mengikut gaya dan kreativiti masing-masing.



Snap Card
Murid bermain kad gambar dengan ada jawapan di belakangnya.  Murid A pegang kad manakala Murid B lihat gambar dan cuba menjawab apakah situasi itu.  Murid A semak jawapan.






3. Encik Mohd Jeffrie Bin Kamsani, SK Polis Kem
Running Dictation
Permainan klasik. Ahli kumpulan berlari mendapatkan maklumat di setesen tertentu, balik semula ke kumpulan dan tuliskan maklumat tersebut. Satu persatu ahli pergi mendapatkan maklumat sehingga lengkap.  Mempunyai unsur KBAT/HOTS apabila murid mengenali dan mengaplikasi pattern ayat kerana dari satu ayat ke satu ayat mempunyai struktur yang sama (Strategi kumpulan). Jadi ayat murid seterusnya lebih tepat. 






4. Puan Maria Binti Ahmad Malike, SK Senai
Word Hippo
Penggunaan laman web wordhippo.com sebagai sumber pembelajaran Bahasa Inggeris dan integrasi dalam Frog VLE.





Class Coupon
Kupon ganjaran kepada murid. Murid diberikan Kupon RM1 untuk dibelanjakan di kantin setelah murid menyelesaikan satu tugasan yang agak sukar.





5. Puan Norashiken Binti Sanuddin, SK  Taman Muhibbah
QR Code
Penggunaan QR Code untuk explorasi media dan bahan sumber pembelajaran.





6.  Puan Devaki A/P Ponnan, SK Senai
Jolly Reading with masks
Aktiviti membaca di kalangan murid dengan memakai topeng sepanjang aktiviti. Aktiviti ini membina suasana dan murid seronok untuk menyelami cerita haiwan yang dibaca.

  

Semoga bermanfaat =)
 

Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku

Catat Ulasan

3 Ulasan