Kronologi dalam PdPc



Perancangan PdPc yang baik menentukan tahap kualiti pembelajaran. Adalah penting untuk mengetahui kronologi dalam PdPc agar pembelajaran yang ebrlangsung itu lancar serta teratur dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, guru dapat merancang agihan masa untuk setiap aktiviti dalam PdPc. Di sini saya kongsikan kronologi terbaik untuk PdPc yang berkualiti.

1. Pengurusan Bilik Darjah
Apabila guru masuk sahaja ke kelas, pastikan keadaan kelas teratur, murid bersedia dengan bahan-bahan atau alatan yang diperlukan. Kebersihan juga perlu diperiksa. Suasana yang kondusif membina mood yang baik sepanjang PdPc. Pada masa ini juga, guru perkenalkan sebarang peraturan atau ingatkan murid tentang do's and don'ts. Kenalpasti kehadiran murid dan kumpulan murid. Apabila bilik darjah terurus, maka semua pun menjadi mudah.

2.  Set Induksi
Untuk menyediakan murid dengan pembelajaran, set induksi dibuat. Hal ini membina semangat ingin tahu mereka dan menarik minat mereka untuk belajar.

3. Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
Setelah set induksi dibincangkan, guru pun merungkaikan rahsia tentang apa yang akan dipelajari pada hari ini. Perkaitan dengan topik atau kemahiran sebelum ini perlu ada dan bertindak sebagai mini ulangkaji. Dengan penerangan objektif pembelajaran murid tahu kemahiran dan tajuk apa yang akan diperlajari. Sementara itu, kriteria kejayaan menunjukkan aspek penilaian yang akan dibuat.

4. Penyampaian Isi Pembelajaran
Pada peringkat ini guru mengajar input baru dan memberi nota. Perbincangan dibuat dengan ada inisiatif untuk merangsang murid supaya mereka berkongsi idea dan isi pembelajaran. Bahan sumber pembelajaran penting di sini kerana ia merangsang komunikasi dan pemikiran murid.

5. Aktiviti individu / berkumpulan (Penilaian lisan / bertulis)
Ada 3 mod aktiviti:
- Individu ---> kumpulan
- Kumpulan ---> individu
-
Individu ---> kumpulan ---> individu
Mod aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut keperluan kriteria kejayaan. Pada peringkat ini, penilaian berlaku; lisan mahupun bertulis. Semua penilaian disusuli dengan maklumbalas individu dan berkelompok. Jangan lupa bersedia dengan aktiviti tambahan seperti Pop Quiz, Crossword Puzzle dan bermacam-macam lagi sebagai penggayaan.

6. PembentanganPembentangan murid sangat digalakkan kerana murid mempamerkan hasil kerja mereka. Anata kebaikan pembentangan ialah murid dapat melihat hasil kerja murid / kumpulan lain, guru mudah untuk membuat penilaian, murid-murid boleh mengemukakan pandangan serta membina keyakinan diri murid. Bentuk pembentangan yang boleh dibuat adalah seperti gallery walk, pembentangan berkumpulan, padlet dan sebagainya.

7. Rumusan / Penutup
Akhiri PdPc dengan merujuk semula objektif pembelajaran. Kemudian nilai murni dibincangkan. Murid juga boleh berkongsi bagaimana pembelajaran hari ini dapat diaplikasikan di luar kelas.



Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21? Join Telegram group mudahmengajar:
https://t.me/mudahmengajar   


Catat Ulasan

2 Ulasan