Tips Memilih Aktiviti Pembelajaran



Memilih aktiviti pembelajaran adalah sesuatu yang sukar. Betul tak? Bukan mudah nak memilih aktiviti pembelajaran yang boleh memenuhi keperluan PdPc berkesan seperti aktiviti koperatif, pembelajaran pembezaan, penilaian efektif la. Duh, apakah cara terbaik untuk membuat pilihan?. Berikut ialah sedikit sebanyak panduan untuk cikgu-cikgu semua.

Objektif dan Kriteria Kejayaan
Senaraikan objektif yang tepat (rujuk: Penulisan Objektif Pmebelajaran). Kemudian pecahkan kepada kriteria kejayaan. Kriteria kejayaan ialah elemen-elemen kecil ke arah mencapai objektif. Contoh:
Objective: 
By the end of the lesson, pupils will be able to write 5 sentences with simple present continuous tense to describe the picture given. 
Success Criteria:
1. Pupils are able to identify the action verbs in the picture.
2. Pupils are able to change from simple present to present continuous tense.
3. Pupils are able to describe the picture by writing sentences.
Jadi, 3 kriteria kejayaan di atas membantu menunjukkan kepada mikgu apakah aktivit yang nak dibuat. Mudah kan?

Latihan / Penilaian
Jika ada latihan atau penilaian yang nak dibuat, lihat apakah elemen-elemen content di dalamnya. Cikgu akan nampak sasaran perkataan atau isi yang perlu diajar. Maka itulah perkara yang mesti diajar dan sudah pasti cikgu mendapat gambaran apa yang perlu diajar.

Pembelajaran Pembezaan
Setelah mengenalpasti bahan yang perlu diajar, sebelum aktiviti dipilih last skali perhalusi adakah semua murid boleh menguasai isi pembelajaran. Pastinya ada yang mudah dan ada yang senang. Fikirkan siapakah golongan murid yang mungkin mudah untuk menguasai isi tertentu dan sebaliknya. Maka cikgu boleh pelbagaikan aktiviti agar murid dalam kumpulan berbeza dapat menguasai maklumat tertentu. Contohnya aktiviti semua sama,
Kumpulan A,B, C dan D menulis 5 ayat dengan kaedah 'Think Pair Share'.
Kumpulan E, menulis 5 ayat dengan panduan 'Word Hippo'.
Maka, hasil sama tetapi proses yang berbeza. 

Jadi secara umumnya terdapat 3 perkara:
objektif pembelajaran, latihan / penilaian dan pembelajaran pembezaan.


Apakah ciri-ciri aktiviti pembelajaran yang baik:
1. Jelas dan menepati 3 ciri di atas.
2. Mudah dibuat dengan mengambil kira pengurusan masa, sumber dan ruang.
3. Setiap aktiviti ada penerangan dan maklum balas.
4. Aktiviti tersusun.
5. Jelas di bahagian mana penilaian dibuat.

 

Selamat mengurus PdPc anda =)




Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21? Join Telegram group mudahmengajar:   



 

Catat Ulasan

0 Ulasan