Aktiviti HOTS/KBAT



Pelbagai aktiviti KBAT/HOTS yang boleh kita buat dalam kelas. 

1. Troubleshooting / Error Detection & Solution
Murid diberikan satu situasi di mana suatu formula lengkap tidak menjadi. Terdapat kesilapan di mana-mana bahagian dan murid perlu mencari puncanya. Kemudian  murid selesaikan kesilapan itu.

2.Poster
Murid membuat poster untuk mempromosikan sesuatu lengkap dengan details dan maklumat yang perlu.
3. Debat
Murid berbalas hujah antara kumpulan berkenaan sesuatu tajuk.  

4. Jualan
Murid perlu menjual sesuatu dan mereka diberikan peluang untuk mencuba pelbagai strategi dalam konteks yang ditentutkan oleh guru.

5. Projek
Murid diberikan sesuatu projek dan mereka perlu merancang perjalan projek tersebut daripada pemilihan AJK, kepada peruntukan, takwim, promosi dan seterusnya.

6. Infografik
Murid perlu menyampaikan maklumat terutamanya fakta dalam bentuk gambar rajah yang menarik dan berwarna warni. Boleh cuba canva.com

7. Movies
Murid perlu merakamkan lakonan situasi luar PdPc  mengaplikasikan  pembelajaran hari itu.

8. Sketsa / Drama
Murid melakonkan situasi sebenar bagaimana topik dipelajari dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Murid juga seolah-seolah menerangkan konsep atau formula dalam bentuk drama. Boleh contohi program Science Show yang saban tahun dianjurkan oleh Petrosains.


9. Padlet
Murid bekerjasama mencari bahan audio, gambar, video dan nota dan kemudian memeprsembahkan maklumat dalam bentuk noticeboard digital yang menarik.


10. FrogVLE site
Murid menyusun maklumat dalam bentuk pelayaran laman web yang boleh diakses semua orang.

11. Flashback
Diberikan satu situasi dan murid boleh menerangkan bagaimana hal ini berlaku.  Murid boleh gunakan teknik garisan masa. Dari satu dot ke satu dot, guru akan memprovokasi murid dengan beberapa persoalan.

12. Forum
Bual bicara oleh murid dengan sorang murid menjadi moderator. Ahli panel yang lain memegang jawatan tertentu.

13. Tutorial
Murid membuat satu tutorial samada dalam bentuk cetakan, ebook atau vide menunjukkan bagaimana sesuatu proses itu berlaku.

14. Podcast
Murid merakamkan satu olahan nota yang berkesan dalam bentuk audio dan mereka perlu mempromosikan nota itu dengan cara yang kreatif.

15. Gamification
Murid diberikan beberapa alat dan peruntukan markah untuk mereka satu permainan berdasarkan tajuk yang diajar. . Kemudian mereka mencipta peraturan permainan dengan mempertimbangkan markah bagi setiap soalan, bentuk ganjaran, jenis tugasan, penalti dan sebagainya. Kemudian murid akan mempsersembahkan permainan mereka kepada rakan-rakan sebagain pemain.


16. Scrap Book
 Murid membuat buku skrap. Ini adalah umpama Padlet bentuk manual.

17. Chain Writing
Seorang murid menulis satu ayat dan ayat seterusnya disambung oleh murid lain. Hal ini berterusan sehingga semua murid selesai menulis ayat dan hasilnya dibentangkan.

18. Bahan bantu belajar
Murid membina satu bahan yang boleh mereka gunakan untuk menerangkan sesuatu konsep. Contohnya model akuarium, model planet, proses kondensasi dan sebagainya.

19.Google Slide
Google Slide digunakan untuk murid mempersembahkan sesuatu konsep dan buat pembentangan 'keynote'. Selain daripada hasil kumpulan yang berbeza, keseluruhan kelas juga boleh bekerjasama mengkasilan satu powerpoint untuk sesuatu konsep secara keseluruhannya.

20. A Million Ringgit Idea
Murid diberikan tajuk dan dalam kumpulan masing-masing, mereka harus menghasilkan satu produk yang dapat dihasilkan daripada tajuk atau konsep tersebut. Kemudian, hasil mereka dipersembahkan kepada kelas lain dan murid akan undi dan pemenang diberikan ganjaran berbentuk 'mock cheque'.

Untuk perbincangan, join: t.me/mudahmengajar
Atau like Facebook: fb.me/mudahmengajar

Terima kasih. Selamat mencuba =)

Catat Ulasan

1 Ulasan