AKTIVITI MUDAH DAN PENGLIBATAN AKTIF MURID


Melalui sesi perkongsian saya melalui PLC dan group Telegram baru-baru ini, terdapat beberapa aktiviti mudah kita cuba. Bukan sahaja untuk PdPc tetapi juga untuk aktiviti relief, aktiviti kelab Kokurikulum dan pertandingan. Jom kita cuba:

1. Snatch & Grab
* Ada beberapa keping kad berisi perkataan tertentu/gambar. Letakkan di bahagian tengah kumpulan. Satu perkataan disebutkan dan murid merebut kad tersebut. Boleh gunakan flashcard sedia, atau murid sendiri menulis perkataan pada kad mengikut tugasan tertentu.

2. Loop
* Berdasarkan konsep 'Who has, I have'. Seorang murid menyoal dan murid yang memegang kad dengan jawapan soalan itu akan menyambung dan disudahi dengan soalan seterusnya. Boleh dimainkan dalam kumpulan yang besar ataupun kecil.

3. Fan N Pick
* Dimainkan oleh 4 orang. Seorang akan membentang kad tanpa boleh dilihat oleh orang lain. Murid kedua mengambil kad dan bacakan soalan kepada murid ketiga. Murid ketiga menjawab. Murid keempat mengiakan, menidak atau memberikan komen. Soalan tidak berjaya dijawab boleh dijual kepada kumpulan lain.

4. Four
* 16 keping kad diberikan dalam bentuk tidak tersusun. Setiap 4 kad adalah daripada kategori yang sama.  Murid perlu mengelaskan semua kad itu dan mencari persamaan. Kemudian, murid mencari kategori kumpulan-kumpulan kad tersebut.
 
Untuk aktiviti 1-4, murid-murid dalam kumpulan diberi peluang menuliskan isi kepada kad-kad tersebut. Hal ini menjadi ulangkaji kepada murid dan peneguhan kepada mereka. Oleh itu, murid sendiri yang belajar dan mencari maklumat dan guru hanya menguruskan sahaja.

5. ThingLink
* Buat anotasi nota, pautan, gamabar dan video pada sekeping gambar. Boleh kongsikan gambar tersebut atau embed dalam Frog VLE. Berikan tugasan kepada murid. Mereka cari bahan dan buat anotasi sebelum masuk ke kelas. Semasa dalam kelas, murid buat pembentangan.

6. Google Earth 
* Jelajah dunia menggunakan glob digital. Sesuai jika guru mengajar subjek Geografi, Sejarah dan Sastera. Antara aktiviti yang pasti merangsang murid untuk banyak bertanya.  Cubalah!

7. Random Name Picker
* Spinner untuk pelbagai fungsi. Letakkan nama, nombor soalan, ganjaran ataupun kategori soalan. Untuk cara-cara buat, sertai tm.me/mudahmengajar. Murid boleh gunakannya sebagai tool dan aktiviti berkumpulan.

8. Quizizz
 * Bina kuiz interaktif dan menyeronokkan. Lihat graf dan analisis secara terperinci serta feedback kepada murid. Juga sesuai sebagai kerjarumah. Jika murid sudah mahir, mereka boleh bertukar-tukar set soalan.


Untuk lebih lagi aktiviti, sertai: t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan