EDIT VIDEO (TRIM & BANNER)


Perlukan video yang menarik?
Nak edit bagi pendek dan letakkan tajuk atau soalan?

Mari kita trim video dan letakkan banner dengan cara yang paling mudah. Anda perlukan:
  • Windows 10 Photos
  • Youtube Video Creator.

 1.Pilih video yang ingin disunting.


2. 'Right Click' dan pilih 'Open with Photos)


3. Klik 'Trim' pada atas sebelah kanan.


4. Tentukan titik mula dan titik akhir video. Seusai berpuas hati, klik 'Save A Copy'.


5. Pilih lokasi untuk menyimpan video. 


6. Layari youtube.com . Upload video.



7. Sesudah memilih video, lihat status muatnaik, taipkan nama video, 'privacy', deskripsi dan lain-lain.


 8. Seusai muat naik, taipkan 'tags', pilih 'thumbnail', dan klik 'Publish'


9. Boleh lihat pautan dan 'share'.


10. Pergi ke gambar profil anda/akaun. Klik 'Creator Studio'.



11. Pilih bahagian Video Editor di bahagian kolum kiri.


12. Klik dan 'drag' video pilihan anda.


13. Pilih 'text'.


14. Berikan nama video, buat banner, dan klik 'Create video'.


15.Paparan ini akan muncul.👇


16. Video yang telah selesai proses akan muncul seperti ini.


Itu sahaja. Senangkan.

FAQ
1. Kenapa guna Windows 10 Photos dan Youtube Editor. Kenapa tidak perisian-perisian offline dan online yang lain?
Kebanyakan kita dah ada Windows 10. Youtube Editor pula memang dah free. Jadikan gunakan sajalah.

2. Youtube Editor kan boleh trim video. Kenapa tidak upload semua kat situ dna trim kat situ sahaja?
Fail asal mungkin besar. Anda mesti nak jimat data bukan. Jadi trim siap-siap jadi kecil. Lagipun apabila anda buat terlalu banyak editing dalam Youtube Editor, anda perlu menunggu masa yang lama kerana saiz serta proses muat naik dan muat turun data. 

3. Eh kalau edit guna Windows 10 Photos, kualiti berkurang tak?
Tidak! Umpama macam 4 meter kain Jakel potong 4 bahagian guna gunting kain yang tajam. Halus dan terletak. Kualiti dijamin. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh pm saya:
t.me/herryansyah
Join Group Telegram kami:
t.me/mudahmengajar

 


 

















Catat Ulasan

0 Ulasan