PEMBUDAYAAN KBAT & HOTS


Pembudayaan KBAT dan HOTS perlulah merangkumi beberapa aspek iaitu:
1. Sekolah
2. Murid
3. Guru

Sekolah
1. Suasana dan amalan berfikir harus bermula dengan suasana pembudayaan di dalam bilik darjah.
2. Bilik darjah disusun dalam bentuk kumpulan 4-5 orang murid dan menghadap antara satu sama lain.
3. Sistem yang teratur yang mana semua guru perlu mengamalkan budaya aktiviti pemikiran KBAT secara konsisten. Contoh PdPc Sains ada penggunaan Bono Hats dan kelas Bahasa Melayu seteusnya pun menggunakan tool Bono Hats. Jadi, murid menjadi terbiasa.
4. Hasil kerja berkumpulan sentiasa di tampal pada dinding dan murid dibiasakan untuk membuat gallery walk. Amalan memberi pendapat dengan parking lot juga membantu murid menjadi pemikir yang baik serta ekspresif.

Guru
1. Guru mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik tentang teknik berfikir, aras serta alat yang boleh digunakan.
2. Guru menjalankan aktiviti problem based learning dan project based learning.
3. Guru banyak mengadakan PLC sesama rakan guru untuk menambah kaedah-kaedah pengajaran yang merangsang murid untuk berfikir secara kritis. Jika ada masalah atau isu, isu dibincangkan dan Lesson Study dibuat.
 
Murid
1. Murid dibiasakan dengan istilah-istilah tugasan mengikut aras taksonomi Bloom. Murid boleh menjelaskan keperluan 'keywords' tersebut. Contohnya, 'jelaskan' - huraian untuk menerangkan ayat utama atau pernyataan berserta fakta dan contoh. 'bahaskan' bermaksud murid mencari kebaikan dan keburukan daripada 2 aspek tentang sesuatu perkara disokong dengan fakta berasas.
2. Murid tahu dan faham cara-cara penggunaan alat berfikir. Kefahaman mereka dapat mempercepat proses berfikir yang dapat dizahirkan menerusi alat berfikir. Gunakan i-Think map, peta minda dan apa-apa sahaja yang bersesuaian.
3. Murid dibina motivasi mereka dengan penghargaan melalui penilaian oleh guru. Berikan ganjaran kepada hasil pembentangan terbaik atau cabar murid untuk menambah baik hasil kerja atau perbincangan kumpulan lain.

Budaya berfikir aras tinggin perlu melibatkan pelbagai pihak. Tidak semestinya perlu bermula dengan kos yang tinggi atau program-program yang terlalu banyak. 3 pihak harus bersatu untuk menjayakan aspirasi ini.

Ada soalan, kongsikan di ruangan komen :)

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. terima kasih di atas info yang terkini.Sangat berguna kepada semua guru di sekolah.

    BalasPadam