PROBLEM BASED LEARNNG



Problem Based Learning (PBL) adalah satu pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Satu situasi diberikan mengikut konteks murid untuk murid berbincang dan berfikir cara-cara bagaimana masalah dapat diselesaikan. PBL dapat merangsang kemahiran berfikir murid ke arah yang lebih tinggi.

Apakah ciri-ciri Problem Based Learning?
1. Beriorientasikan masalah.
2. Jalan penyelesaian adalah meluas dan mempunyai banyak pilihan.
3. Konsep asas topikal digunakan ke arah mendapat penyelesaian masalah.
4. Masalah adalah relevan dan logikal.
5. Mempunyai operasi atau langkah-langkah sistematik ke arah penyelesaian masalah dengan pengunaan alat berfikir.

Adakah Problem Based Learning dan Project Based Learning itu sama?
Tidak. Problem Based Learning adalah pembelajaran sesuatu konsep untuk menyelesaikan masalah sementara Project Based Learning berorientasikan pengukuhan kemahiran dan pembelajaran.

Beza Problem Based Learning dan Project Based Learning
1. Problem Based adalah berunsurkan 'deductive approach' yang mana dengan langkah penyelesaian yang didapatkan, murid dan guru akan menentukan topik atau pengisian PdPc seterusnya berdasarkan hasil penemuan. Project Based pula adalah berdasarkan topik dan pengisian yang terancang dan berada dalam skop yang terhad.
2. Problem Based bersifat umum dan memupuk kemahiran kolaboratif yang tinggi kerana kebanyakan masa murid adalah tidak bergantung kepada guru. Tiada struktur khas ditetapkan dan dengan itu murid harus membuat keputusan mereka sendiri. Project Based pula memberi murid struktur khas yang tetap untuk murid ikut demi menghasilkan produk yang diiginkan.
3. Problem Based boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Contohnya dalam masa 1-2 jam. Project Based Learning pula boleh memakan masa sehingga berbulan untuk dihabiskan.
4. Problem Based adalah untuk mencari jalan penyelesaian sementara Project Based dalah berbentuk menghasilkan produk.
5. Kebanyakan situasi Problem Based adalah bersifat minoriti sementara Project Based adalah situasi biasa yang meluas dan umum.


Problem Based Learning (PBL) dan Computational Thinking
Trend terkini menyaksikan Computational Thinking semakin dikaitkan dengan PBL. Dengan ciri-ciri Computational Thinking iaitu penyelesaian masalah berasaskan modus operandi serta analisis keberkesanan, PBL dapat dibuat dengan lebih teratur, kemas serta logikal. Oleh sebab sifat PBL adalah general dan murid diberi kebebasan sepenuhnya dalam mencari jalan penyelesaian masalah, murid seringkali tidak berjaya mencapai matlamat ini. Terdapat kekangan dari segi kemahiran murid, tempoh masa, pembudayaan serta konsistensi pengunaan alat berfikir. Oleh itu, Computational Thinking diperkenalkan untuk membantu murid menjalani PBL dengan berpandukan langkah-langkah dalam Computational Thinking.


computational thinking


Bagaimanakah PBL dapat dijalankan dengan jayanya di dalam kelas?
1. Pembudayaan di peringkat sekolah perlu menyeluruh. Semua subjek mengaplikasikan PBL dalam PdPc secara berkala.
2. Guru-guru perlu mahir menjalankan PBL dalam PdPc serta integrasinya dalam subjek-subjek selain Matematik dan Sains kerana PBL secara tipikalnya adalah untuk subjek STEM: Sains dan Matematik. 
3. Hasil pembentangan murid melalui aktiviti PBL diraikan dan menjadi pembudayaan. Murid diberikan maklumbalas dan pemikiran mereka dicabar menerusi debat, parking lot, 3 Stray 1 Stay dan Gallery Walk.
4. Guru-guru juga perlu yakin dan sentiasa mencari langkah penambahbaikan melalui PLC; Teacher Sharing Session, Lesson Study dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, PBL bukanlah sesuatu yang baru. Namun begitu, ia semakin mencabar dengan keperluan semasa pembelajaran dan kehidupan murid. Oleh itu, cara terbaik memahami PBL ialah dengan menjadikannya sebagai satu proses pembelajaran mengaplikasik kemahiran berfikir yang tinggi serta elemen kolaboratif antara murid.

Apakah pendapat anda tentang PBL? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Assalamualaikum. Cg blh beri satu contoh yg dilakukan utk Problem base learning ni. Saya tidak ada idea utk laksanakan. Contohnya subjek sains

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu berikan satu situasi berdasarkan sesuatu topik. Contohnya masalah masalah pencemaran yang perlu diatasi, namun bajet amat sedikit untuk buat program mahupun alat. Bagaimanakah langkah-langkah ini dapat diatasi.

      Padam
  2. Cikgu kalu pbl.dalam matematik..
    Cth murid saya lemah dlm penukaran unit.. Jadi kalu guru mulakan dengan satu kaedah.. Setrusnya murid melaksanakan.. Adakah itu dikira pbl

    BalasPadam