SCREENBEAM CLASSROOM COMMANDER & BETT ASIA

https://www.screenbeam.com/wp-content/uploads/2017/06/sb-ClassroomCommander-wLabel.pnghttps://www.screenbeam.com/wp-content/uploads/2017/06/msft.png

Screenbeam Classroom Commander ini adalah satu lagi produk keluaran Actiontec yang sangat berkuasa. Ia adalah satu pendekatan terbaru Actiontec untuk memperkasa Classroom Agility.

Apakah itu Classroom Agility?
Classroom Agility ialah kebolehupayaan pembelajaran yang berlaku dengan pelbagai pergerakan yang tidak terhad. Guru tidak perlu statik di hadapan. Guru bebas untuk berada di mana-mana tempat di dalam kelas semasa menyampaikan pengajaran. Pembelajaran juga berlaku dengan murid tidak semestinya murid perlu pergi ke hadapan untuk menanyakan soalan, melihat nota atau membuat pembentangan. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik dalam suasana yang lebih teratur dan dapat bekerjasama antara satu sama lain dengan lebih mudah.

Dengan Screenbeam Classroom Agility ,pelbagai perkara dapat diatasi. Antaranya:
  • Guru tidak terikat untuk berada di hadapan. Guru bebas untuk bergerak dan melihat perkembangan tugasan murid semasa kelas berlangsung.
  • Memberi maklumabalas atau pembetulan terus ke peranti murid.
  • Mengawasi paparan pada peranti murid. Kawalan kelas lebih baik dan sistematik.
  • Mengenalpasti masalah teknikal serta murid yang tidak fokus semasa kelas.
  • Menjadikan pembelajaran menarik dengan integrasi pelbagai aplikasi terbaik seperti Skype in the Classroom, OneNote, FluidMath, Minecraft for Education dan bermacam-macam lagi. 
  • Memberikan pilihan kepada murid untuk membuat perkongsian secara maya dan tidak semestinya secara lisan. 



Menarik kan? Jadi apa ciri-ciri teknologi Screenbeam Classroom Commander ini yang menjadikannya sangat berkuasa?
  • Tidak menggunakan internet luar. Ia menggunakan rangkaian wifi sendiri.

  • Sambungan point ke point yang rapi dan mudah dipasang. Menjimatkan kos infrastruktur.
  • Memudahkan pergerakan guru dan murid semasa pembelajaran.

  • Hasil kerja murid boleh dipaparkan pada skrin utama dan boleh dibentangkan terus.

  • Guru boleh berikteraksi dengan isi pada paparan dan dipaparkan terus ke peranti murid.
  • Menyokong aplikasi yang berpadanan dengan Windows Ink. 


  • Menentukan paparan on/off pada peranti murid. 
Untuk lebih maklumat tonton video ini:


Screenbeam Classroom Commander ini mudah digunakan dan menjadikan pembelajaran lebih mudah, pantas dan meringankan beban guru. 


Tahukah anda?
Anda boleh melihat demo penggunaan peranti Screenbeam Classroom Commander ini di:

Bett Asia.

Bett Asisa adalah acara khas untuk pameran teknologi untuk golongan professional pendidikan yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Tarikh : 15-16 November 2017
Masa: 8.00pagi - 5.00petang
Lokasi: Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Malaysia

Actiontec booth No.31

Pastikan anda berada di booth No.31!

Nak pas masuk percuma? Daftar di sini:



Selain itu, apa lagi yang ada?

Nak cuba Modern Classroom?
Datang ke Booth Actiontec dan anda boleh mendaftar bagi mendapatkan sehingga 60 hari Wireless Modern Classroom.


Bagaimana?
Langkah 1: Daftar di: http://bit.ly/2hOOvem

Langkah 2: Datang ke Ekspo dan kunjungi booth kami.
Langkah 3: Maklumkan nama anda seperti yang didaftarkan.
Kemudian, anda akan ditunjukkan demonstrasi pengunaan dan permohonan anda akan dipertimbangkan. 

* Kempen percuma ini hanya sah untuk pengguna peranti Windows 10 sahaja.

Maklumat lanjut acara Bett Asia: http://bit.ly/2zQYyY3



Catat Ulasan

0 Ulasan