5 GAJET UNTUK MENGAJAR BAGI TAHUN 2018



Tahun 2017 kini melabuhkan tirainya. Pelbagai perkara menarik telah berlaku sepanjang tahun ini. Terutama sekali perkembangan teknologi. Mari kita lihat beberapa gajet untuk mengajar yang mesti anda ada sekarang!


Image result for screenbeam mini 2



1. Screenbeam Mini 2
Screenbeam Mini 2 ialah satu peranti pemancar paparan daripada satu peranti kepada alat paparan seperti TV ataupun projektor. Istilah digunakan ialah mirroring. Apa sahaja yang terpapar pada peranti akan dipaparkan di tv atau skrin. Alat ini tidak memerlukan talian internet dan mudah untuk dipasang. Hanya perlu dicucuk kepada HDMI port. Sambungkan kepada peranti anda dengan menghidupkan wifi. Mahukan review dengan lebih detail? Tunggu!

Price: RM239





Image result for chromecast 2

2. Chromecast 2
Chromecast adalah satu alat mirroring dan casting daripada Google. Alat ini memerlukan talian internet. Jadi anda memerlukan wifi atau hotspot. Apa yang berlaku, sambungkan Chromecast kepada HDMI port. Pilih wifi atau hotspot untuk disambungkan kepada Chromecast. Kemudian peranti yang akan digunakan juga menggunakan wifi atau hotspot yang sama. Dengan Chromecast, anda tidak perlu menghidupkan peranti kerana bila selesai sahaja casting, anda boleh membuat kerja-kerja lain. Anda boleh multitasking. Nak tau lagi, join group Aplikasi Google.
Price: RM190



Image result for acer chromebook r11


3. Acer R11 Chromebook
Chromebook? Seriously. Ya, memang jadi bahan jenaka memandangkan ramai yang melihat chromebook sebagai laptop yang slow macam siput dan menyusahkan. Hal ini disebabkan oleh 'low end specs' yang sinonim dengan Chromebook sekolah dan sistem kendalian platformnya yang obviously bukanlah Windows seperti yang kita sudah biasa guna. Namun, semuanya disangkal dengan Acer R11 Chromebook. Laptop serba guna ini boleh lipat2 siku lipat 360*. Ia bersifat hybrid dan boleh berubah menjadi tablet mode. Laptop ni tahan jatuh dari ketinggian 60cm dan anda boleh hentak. Ada juga yang menyatakan anda boleh pijak juga. Fuh! Sampai hati ek!  Nak tahu lebih lanjut, boleh tanya saya sebab saya pakai laptop ni skang. Memang cun.
Price: RM1,599




Image result for eb-s41

4. LCD Projector EPSON EB-S41
Projektor ini adalah yang paling meletups buat masa ni. Memang jadi rebutan para cikgu yang cun melecun dengan pdpc menggunakan teknologi. Lumens nya tinggi. Paparan jauh lebih jelas berbanding EBS-31 yang saya pakai. Kelebihan projektor EPSON ialah tahan, desain yang ergonomik serta harga yang berpatutan. OKlah, boleh guna untuk mengajar dan juga tonton wayang kat rumah. huhu.
Harga: RM1,290


Image result for bose speakers
5. Bose SoundLink Mini
Ini adalah speaker mini yang agak kecil dan mudah dibawa. Bunyinya boleh la tahan. Asalkan lebih kuat daripada speaker laptop atau fon. Ia disambungkan dengan bluetooth dan caj macam caj fon. Pakai USB sahaja. Desainnya pun menarik dan smart. 
Harga: RM1,180 (Original), RM50 (klon)

Nak tanya lebih lanjut?, Join, t.me/mudahmengajar





Catat Ulasan

0 Ulasan