AKTIVITI ONLINE UNTUK PDPC TAHUN 2018



1. Tools For Educators (toolsforeducators.com)
Tools for Educators adalah satu sumber dalam talian yang menyediakan template untuk anda membina lembaran kerja. Mudah digunakan dan pelbagai aktiviti boleh dibuat seperti crossword puzzle, permainan dadu, bingo, dan bermacam-macam lagi.





2. Classtools.net (classtools.net)
Dalam classtools.net ni macam-macam anda boleh buat. Boleh buat spinner, ada crossword puzzle, Four Corners Games, Fakebook..Semuanya menarik untuk paparan.






3. Super Teacher Tools (http://superteachertools.com/)
Selain dariapda permainan dalam talian, Super Teacher Tools juga menyediakan beberapa aplikasi untuk pengurusan bilik darjah seperti susunan kumpulan. 






4. Decision Roulette
Ini spinner paling handy. Mudah nak dibuat, boleh disimpan, warna cantik dan bunyi mendebarkan. Best! Cubalah sekarang. 






5. Classroomscreen (classroomscreen.com)
Classroomscreen ni adalah papan putih digital gitu. Banyak benda menarik boleh buat seperti contengan atau tulisan, pemilihan murid secara rawak, traffic light digital (nak jugak kan!), taip teks, timer dan macam-macam lagi. Yang penting anda buat paparan dengan menggunakan Chromecast atau Screenbeam Mini 2. 






6. Visnos.com (visnos.com)
Anda mungkin tercari-cari aktiviti dalam talian untuk Matematik yang ringkas-ringkas aja kan? Cuba visnos.com. Macam-macam aspek Matematik boleh digunakan dalam pdpc nanti. 





7. Wordhippo (wordhippo.com)
Khas untuk pembelajaran dan pengajar Bahasa Inggeris, Wordhippo menyediakan aktiviti dalam talian yang menarik selain daripada bertindak menjadi bahan sumber rujukan bahasa Inggeris. Kandungannya ditapis mengikut kesesuaian umur murid. Takdelah bahasa tinggi macam Oxford Dictionary. 




8. Quizlet (quizlet.com)
Penat dah kan asyik wat flashcard manual. Print sana-sini. Pe kata try flashcard digital pulak. Mudah dan himat ink. Lagi satu, siap boleh jadi kerjarumah dan ulangkaji lagi. Kalau xdan nak buat, godak jelah dalam sumber. Ada banyak bank flashcard. Mane tau ade sekolah jiran tu dah buat, leh copy je (xyah minta izin, kalau dah set public tu maknanya memang untuk dikongsi). 




9.Learning Games for Kids (https://www.learninggamesforkids.com/)




10. What 2 Learn (http://www.what2learn.com/)
Jika anda mencari aktiviti bermain sambil belajar yang tidak la straight forward benar isinya, maka boleh cuba What 2 Learn. Ini bagus untuk kemahiran KBAT murid sebabnya murid akan dapat melihat aplikasi pembelajaran dalam kehidupan seharian. Malah kebanyakan cabaran permainan memerlukan murid berfikir secara aktif dan aras tinggi.




11. Coolmath.com (coolmath.com)
Aktiviti coolmath ini memang ada banyak. Sama seperti What 2 Learn dan Jumpstart. Permainan ini menggunakan Flash/Java. Fokus lebih kepada Matematik. 




12. Knowledge Adventure (http://www.knowledgeadventure.com/)
Tengok gambar di bawah ini. Betapa banyak jenis aktiviti yang boleh diterokai. Cubalah sekarang. 




13. Fact Monster (factmonster.com)
Fact Monster adalah satu laman web yang menyediakan banyak sumber pembelajaran. Daripada nota, kepada artikel, bahan boleh cetak hinggalah kepada video dan kuiz dalam talian. Sangat menyeronokkan dan pasti murid akan enjoy!




14. Annotate.net (annotate.net)
Annotate.net ini bertindak sebagai papan putih interaktif pelbagai fungsi. Anda boleh menulis, memberikan kuiz, buat paparan bahan malah jika murid ada peranti, mereka dapat melihat paparan dalam peranti mereka. Maknanya xperlu projektor. Dalam keadaan lain, guru boleh menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Guru juga boleh buat rakaman pembentangan bahan dalam skrin. 




15. Jumpstart (http://www.jumpstart.com/)
Jumpstart pun boleh cuba. Ada juga disediakan pautan untuk muat turun permainan dalam peranti anda sama ada fon, tablet ataupun chromebook. 



Amacam? Excited kan. Mungkin banyak yang kita belum cuba lagi. So apa tunggu lagi. Jom bina azam baru 2018 semoga tahun 2018 PdPc lebih cemerlang dan kita semakin bermotivasi untuk memberikan yang terbaik untuk murid

Nak lebih perkongsian, join: 

Tak nak ketinggalan update blog ini, join:
t.me/mudahmengajarchannel






AKTIVITI ONLINE UNTUK PDPC TAHUN 2018 AKTIVITI ONLINE UNTUK PDPC TAHUN 2018 Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on December 20, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.