HARI PERTAMA BERJUMPA MURID


Dah nak mula sesi baru persekolahan. Apa aktiviti yang perlu dibuat untuk mengenalid dan mengendalikan murid. Mari kita ikuti beberapa idea ini. Atau anda ada tambahan idea?


1. Kenali nama murid dan hobi mereka. Sedikit sebanyak cikgu akan kenal kecenderungan mereka.

2. Buat perbincangan Code of Conduct ataupun Classroom Rules. Guru mencadangkan beberapa situasi dan murid tentukan bagaimanakah murid sepatutnya beradab dan bertindak. Contohnya dalam menggunakan barang kelas. Action: Murid menggunakan barang kelas dengan berhemah serta memulangkan di tempat asal seusai penggunaan.

3. Buat aktiviti ramah mesra atau warm up. Berikan kuiz ringkas kepada murid. Buat soalan-soalan trivia. Bina semangat ingin tahu mereka.

4. Gunakan media untuk menarik minat murid. Hari pertama adalah 'first impression'. Umum mengetahui murid sukakan belajar dengan sokongan bahan media. Kelas pertama menggunakan media akan dapat menarik minat murid dan mereka look forward kepada pdpc seterusnya.

5. Buat aktiviti 'Two Truths And A Lie'. Kali ini, murid berusaha untuk meneka fakta tentang guru. Untuk setiap pusingan guru buat 3 fakta dengan satu daripadanya adalah tidak benar. Murid perlu meneka yang mana dua betul dan yang mana satu yang salah. Mereka juga boleh berbincang dalam kumpulan.

6. Soal jawab cara murid belajar. Minta mereka share apa yang mereka suka dan tidak suka dengan subjek ini. Jika mereka segan untuk berkongsi, gunakan parking lot untuk mereka meluahkan perasaan mereka.

7. Buat banyak aktiviti team building seperti mengingat nama rakan, gallery walk, Chinese Whisper dan bermacam-macam lagi.

Semua aktiviti ini boleh dijadikan sebahagian daripada set induksi atau aktiviti pembelajaran pada hari pertama. Untuk lebih idea, rujuk:
http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/04/23-cara-memulakan-pdpc-set-induksi.html

Terima kasih..Jom bincang dalam group saya:
t.me/mudahmengajar.

HARI PERTAMA BERJUMPA MURID HARI PERTAMA BERJUMPA MURID Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on December 31, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.