KAEDAH KREATIF MEMBUAT DAN MEMAHAMI NOTA




Membuat nota boleh dilakukan dengan pelbagai cara kreatif. Di samping menyalin nota, murid sebenarnya boleh menganalisis maklumat dan menyusun fakta selaras dengan konsep-konsep tertentu. Mari kita explore beberapa idea ini:


1. Menjawab Soalan

Murid diberikan beberapa soalan dan mereka perlu menjawab soalan-soalan tersebut dengan membaca nota atau mendapat maklumat daripada pelbagai sumber. Murid lebih aware dan memilih bahan bacaan mereka dengan betul.


Image result for answer questions


2. Poster Penerangan / Infografik
Beri satu task kepada murid untuk disiapkan. Pastikan ada tujuan menarik contoh, kita nak buat pameran, penjelasan, ceramah dan sebagainya. Murid perlu mencari maklumat dan mempersembahkannya dalam bentuk yang kreatif. Jadi murid secara tidak langsung mencari dan membaca maklumat.


Image result for infographic


3. Sketsa
Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk sketsa atau drama. Jadi murid menganalisis maklumat dan boleh juga mengaplikasi maklumat dalam kehidupan seharian.


Image result for acting in classroom


4. Kuiz
Satu pertandingan kuiz akan diadakan antara kumpulan. Beberapa skop tajuk akan diberikan. Jadi dalam kumpulan murid akan berbincang sehingga semua orang akan mahir tajuk dan menguasai fakta sebelum bermulanya pertandingan kuiz.

5. Numbered Head Together
Dalam kumpulan murid berbincang tentang nota yang mereka digunakan. Yang nak bagi adilnya, setiap orang akan menguasai atau memainkan peranan tertentu. Cikgu berikan tugas-tugas khas berdasarkan nombor yang diberikan kepada mereka.


Image result for numbered heads together


6. Google Slides Presentation
Sebelum masuk kelas, guru boleh berikan tugasan untuk murid buat slides. Secara individu atau berkumpulan. Mereka perlu mengisikan maklumat di ruangan masing-masing samada dalam bentuk gambar, video, nota dan carta. Murid menyiapkan tugasan ini daripada smartphone sahaja. Jadi bila masuk kelas, guru hanya bentangkan sumbangan murid dan review sahaja. Mudah kan.


Image result for google slides


7. Explorace
Guru hanya perlu buat ala explorace. Untuk mendapatkan sesuatu clue, murid perlu mempunyai fakta dan daripada situlah mereka akan membuat dan menguasai fakta.


Image result for explorace
Kredit gambar: http://ksoipgmkdri.blogspot.my/2012/10/explorace-kemerdekaan-ipg-kdri-2012.html


8. Peta Minda /i THink Map
Berikan peta kosong atau iThink Map dan murid melengkapkan peta tersebut.


Image result for ithink map


9. Cloze Text
Murid melengkapkan tempat kosong dalam perenggan. Jadi murid perlu membaca nota dan melengkapkan fakta.

10. Task Based Learning
Setiap kumpulan mendapatkan maklumnat untuk soalan berbeza. Kemudian guru review hasil dapatan murid. Guru snap gmbar nota itu dan upload dalam Facebook Group kelas ataua masukkan dalam blog, atau dalam whatsapp group atau Telegram group.

11. Google Voice Typing
Penat nak salin? Dalam kumpulan, murid ringkaskan maklumat, buat ringkasan bertulis dan cakap kat Google Voice Typing dalam Google Docs. Lepas tu hantar pada cikgu atau bentang terus. Siap!


Image result for google voice typing


12. Creative Notes
Murid dalam kumpulan berbincang dan persembahkan nota mereka dalam bentuk paling kreatif, kurang dari 30 atau 50 atau 100 patah perkataan. Tak kiralah dalam bentuk poster, perenggan, cerita pendek, infografik, asalkan bilangan patah perkataan terhad. 

13. Loop
Murid diberikakan beberapa keping kad. Dalam 8 keping. Setiap keling kad itu bersambungan faktanya, Jadi murid perlu merancang isi fakta mengikut susunan dan menjalankan permainan ini. 



14. Google Docs
Murid mengisi maklumat dalam Google Docs dengan mencari gambar, maklumat online dan video hanya daripada function explore dalam Google Docs. 

Anda ada cara lebih kreatif, kongsikan dalam ruangan di bawah. 
t.me/mudahmengajar



Catat Ulasan

0 Ulasan