KERJA RUMAH PERLU ATAU TIDAK?




Kerja rumah untuk murid, perlu atau tidak?

Hal kerja rumah ini adalah dilema yang dialami oleh semua guru saban hari saban tahun. Ada yang beri kerja rumah dan yang tak bagi. Bila bagi ada yang menjadi latih tubi bermanfaat kepada murid. Itu bagi murid yang memang menyiapkan kerja rumah dan selalunya lebih kepada kelas-kelas hadapan. Bagi kelompok murid kelas belakang, sudah diberi kerja rumah tetapi tidak disiapkan. Persoalannya, perlu atau tidak murid diberi kerja rumah. Mari kita ikuti beberapa pendapat:


“Perlu sebab murid perlu untuk latih diri mereka menguasai topik dan kemahiran yang telah dipelajari dalam kelas.”

“Kena bagi supaya masa murid di luar kelas terisi. Jadi mereka boleh terus belajar walaupun berada di rumah.”

“Tak perlu. Kerja rumah membebankan murid. Mereka sudah cukup penat dan tiada ruang masa untuk rujuk buku lagi.”

“Tak perlu. Kalau murid yang pencapaian rendah, mereka tidak dapat siapkan di rumah sebab tiada siapa boleh bimbing mereka.”

“Buat dalam kelas sahaja. Nanti kita sendiri tak sempat nak tanda.”

“Bagi kerja rumah nanti murid tak siapkan. Mereka lupalah, tak sempat lah. Apa-apa pun siapkan dalam masa kelas.”

“Kerja rumah nanti belum tentu murid yang buat. Mungkin juga mereka meniru hasil kerja rumah orang lain”.



Beberapa perkara perlu dihalusi sebelum memberikan kerja rumah:
  1. Apa bentuk kerja rumah yang diberikan?
  2. Tempoh masa latihan kerja rumah untuk disiapkan?
  3. Kekerapan kerja rumah diberikan?
  4. Sumber rujukan murid?
  5. Kesediaan dan kemampuan guru membuat penandaan?
  6. Maklum balas dan dapatan daripada kerja rumah yang guru berikan?
  7. Apakah impak daripada pemberian kerja rumah kepada murid setakat ini?

Inilah persoalan-persoalan yang perlu dijawab sebelum kerja rumah diberikan. Boleh jadi perlu, boleh jadi tak perlu. Hanya kita yang tahu murid kita bagaimana. Selain itu, berbincan dengan panitia dan pentadbir dari segi keperluan pemberian kerja rumah. 
KERJA RUMAH PERLU ATAU TIDAK? KERJA RUMAH PERLU ATAU TIDAK? Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on January 25, 2018 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.