15 CARA KREATIF PEMBENTANGAN HASIL KERJA MURID


Nak bentang bukannya mudah tetapi kalau kena cara pasti akan menyeronokkan dan merangsang minda murid.

1. Buku Skrap
Buku Skrap mengandungi mengandungi maklumat dan gambar. Jadi mesej lebih mudah disampaikan malahan ia berbentuk koleksi yang cantik untuk dibelek-belek.

2. Slider
Persembahan dalam bentuk slider amat menari. Murid perlu tarik kertas atau kad untuk mendapatkan jawapan. Sesuai untuk Q&A serta soalan. 

Image result for slider cards presentation'


3. DRAMA / SKETSA
Murid menyampaikan maklumat dengan cara yang cukup santai. Pembentangan ini memerlukan daya kreativiti dan bakat lakonan murid. Contoh penyampaian sebegini adalah seperti Petrosains Challenge.

Image result for petrosains challenge


4. Infografik
Pembentangan dalam bentuk infografik adalah lebih ringkas dan mudah. Murid dapat melihat fakta utama sekali imbas dan fokus kepada isi utama. Boleh gunakan canva.com

Image result for infographic

5. Analisis Data
Analisis data dapat memberikan hasil dapatan yang berbentuk nombor. Dengan itu mudah perbandingan dibuat antara satu data dengan data yang lain. Persembahan analisis data ini boleh dibuat dengan aplikasi Power BI dan Google Data Studio

6. Zappar
Zappar adalah satu aplikasi augmented reality yang dapat memaparkan maklumat dalam bentuk paparan interaktif. Hanya imbas Zappar Code dan maklumat akan pop up pada skrin telefon atau tab anda. 

Image result for zappar menu


7. Cipta Model
Berdasarkan maklumat, murid mencipta satu model dan bercerita tentang model itu. Contohnya, hidupan laut. Murid membuat akuarium dan bercerita tentang hidupan-hidupan laut tersebut.

Image result for aquarium paper model

8. Timeline
Bagi matapelajaran sejarah adalah lebih sesuai menggunakan timeline sebabnya ia dapat menjelaskan rentetan peristiwa yang berlaku. 

Image result for timeline

9. Kuiz
Dalam membentangkan isi, murid boleh membuat aktiviti kuiz. Dengan syarat kumpulan pembentang sudah ada jawapan-jawapan yang tepat. Hanya perlu buat soalan. Bukan sahaja murid perlu menguasai input hasil kerja mereka malah mereka juga mengasah kemahiran menyoal. 

10. Crossword Puzzle
Bagi pembentangan berbentuk definisi dan konsep, kumpulan boleh mereka crossword puzzle, bentangkan dengan paparan digital atau lukis crossword puzzle itu di atas kertas mahjong atau kad manila. Ada banyak tools untuk membantu murid mereka crossword puzzle. Contohnya, toolsforeducators

Image result for crossword puzzle

11. Cipta Lagu
Murid boleh menyampaikan pembentang mereka dalam bentuk lagu baru atau lagu yang diubahsuai. Dengan menggunakan lagu-lagu terkini sedia ada, murid boleh ubahsuai lirik lagu popular kepada lirik yang mengandungi isi yang ingin disampaikan.

12. Forum
Forum adalah bentuk pembentangan bersahaja yang berbentuk bual bicara. Jadi pembentangan murid nampak santai dan menyeronokkan.

13. Kad Trivia
Kad Trivia diselerakkan di atas meja. Setiap kad diisikan dengan fakta dengan cara..Tahukah anda? Setiap kumpulans sediakan kad-kad trivia dan setiap kumpulan bergerak mengikut stesen.

14. Puppet Show
Murid buat persembahan puppet show menceritakan hasil kerja mereka.

Image result for puppet show

15. Peta Minda Interaktif

Setiap kumpulan buat peta minda interaktif menggunakan Mind Mup. Kemudian semua kumpulan buka fail tersebut dan klik pada setiap bubble untuk maklumat seterusnya.


Jom binacang lebih lanjut di:
15 CARA KREATIF PEMBENTANGAN HASIL KERJA MURID 15 CARA KREATIF PEMBENTANGAN HASIL KERJA MURID Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on April 12, 2018 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.