Biodata


Cikgu Herry berasal dari Tawau, Sabah. Beliau bertugas sebagai School Improvement Special Coach (SISC+) TEKNIK & VOKASIONAL di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Beliau memiliki Ijazah dalam Teaching English As A Second Language (TESL) dari University of Exeter. Beliau juga sempat mengikut program pendek Diploma Sains Sukan & Kejurulatihan Sukan Antarabangsa, United States Sports Academy 2014. Pernah memenangi pingat gangsa Anugerah Young Arts Awards daripada British Arts Council semasa menuntut di United Kingdom.  Merupakan seorang yang sangat meminati dunia pengkomputeran dan media massa, beliau rajin menulis blog, membina laman web (mudahmengajar.com), portal CPD (Mudah Mengajar VIP) untuk guru serta rancangan audio podcast (MM Show). Beliau juga mempunyai pelbagai saluran media sosial seperti TikTok, Youtube Shorts dan Instagram selain daripada Youtube Channel. Beliau rajin meningkatkan kemahiran diri dengan pelbagai sijil kemahiran pendidik seperti  Google Certified Educator, Microsoft Innovative Educator, Apple Teacher, Flipgrid Certified Educator, Kahoot Gold Teacher, EdPuzzle Teacher dan Acer Chromebook Teacher. Sepanjang perkhidmatan beliau, Cikgu Herry telah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Emas Inovasi SISC+ Peringkat Kebangsaan 2018, Pegawai Inovatif 2018 dan Anugerah JU Edidik Paling Popular 2019. Beliau juga dianugerahkan Adiwira ICT Johor 2019. Selain daripada selalu membuat perkongsian daripada peringkat daerah hingga antarabangsa , beliau juga menggalas tanggungjawab menjadi JU KBAT dan TS25 negeri malah beliau juga merupakan Ketua Jawatankuasa Teknikal untuk program-program SISC+ peringkat Kebangsaan. Dalam penerbitan, beliau telah menghasilkan lebih 150 ebook dan lebih 5000 unit ebooktelah terjual. Beberapa buah ebook beliau bakal terbit dalam bentuk fizikal sekitar bulan November 2021. Berpengalaman terlibat sebagai hakim dan juri untuk beberapa pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Terkini, beliau dilantik sebagai Duta E-Learning i-Guru Malaysia 2021.

Beliau adalah pengasas kepada mudahmengajar.com, satu blog pembelajaran abad ke 21, mudahmengajar.com. Dalam blog ini, pelbagai pengalaman, pandangan serta idea-idea terkini untuk pdpc serta teknologi pendidikan dikongsikan. Oleh sebab sambutan hangat diterima, Group Telegram Mudah Mengajar telah ditubuhkan untuk menggiatkan perkongsian secara maya antara guru-guru seluruh Malaysia. Kini ia sudah mencecah 20,305 orang ahli (2021). Group ini diwujudkan untuk memacu perkembangan teknologi dalam pdpc serta kemahiran TMK di kalangan pada pendidik. Dengan kepakaran dan usaha beliau, beliau telah dijemput untuk mengadakan bengkel dan seminar di seluruh negera.

Antara kemahiran dan pensijilan beliau adalah:

  • Magic School Ai Pioneer
  • Google Certifed Educator
  • Kahoot Gold Teacher
  • Quizizz Certified Game Changer
  • Classpoint Certified Trainer
  • Wakelet Community Leader
  • Apple Teacher
  • Microsoft Innovative Educator
  • Flipgrid Certified Educator
Founder 
  • Mudah Mengajar
  • MM Edu Legacy
  • Co-Pilot Cikgu
  • MM Book Club
  • Buat Ebook & Jual




Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Anda seorang guru yang hebat...tahniah

    BalasPadam
  2. Tahniah Herryan...still remember us?kak siti and kak arsnah durrah???and our practicum school?SK Sentul 1?

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian bahan..semoga terus maju jaya

    BalasPadam