Benarkah SNATCH IT! Aktiviti pembelajaran Koperatif?

Di mana elemen koperatif dalam aktiviti Snatch It?

Bagi yang first time, anda perlu baca dulu 👉Permainan SNATCH IT!




Memang seronok tetapi apabila dalam kumpulan, hanya murid yang sama sahaja yang menjawab. Mana elemen koperatif=kerjasama dalam kumpulan?
Aktiviti Snatch It sebenarnya memerlukan persefahaman yang mana sesiapa sahaja murid dalam kumpulan perlu alert perkataan yang disebutkan dan terus 'grab' perkataan tersebut.  Realitinya, dalam kumpulan, learning & language ability murid adalah berbeza. Siapa pandai 'confirm' murid tu yang capai kad tu dulu. Oleh itulah wujudlah individu dominan. Jadi one man show..murid lain terlopong je. Ada 4 kemungkinan;
1. Murid masih belum menguasai perkataan/isi yang dipelajari.

2. Tak berapa dengar atau tangkap apa yang cikgu sebutkan.
3. Masalah self esteem. Rasa rendah diri so bagi laluan kat murid lebih pandai yang jawab.
4. Langsung tak faham cara nak main. 

Tambah pula lagi, apabila aktiviti Snatch dijalankan, murid diarahkan untuk merebut kad dengan perkataan yang disebutkan. Tidak ada penerangan tentang peraturan yang betul.

Berikut ialah cara permainan yang betul dan berkesan (Dengan pengubahsuaian mengikut konteks)
- Setiap kumpulan diberikan beberapa kad. Semua murid diberikan 5 minit untuk bersama-sama berbincang untuk memahami perkataan dalam kad-kad tersebut.

-Setiap murid pegang 1 kad. Jadi masing-masing alert kad masing-masing. 

Eh! dah jadi aktiviti individu pulak?
Tidak. Bukankah murid sudah berbincang tentang kad-kad itu. Maka koperatif la tu. Jika ada murid yang tidak respon semasa perkataan disebutkan oleh guru, maka ahli kumpulan boleh alertkan rakan itu. Kemudian, 'rotate'kan kad-kad itu. Jadi kalau ade 6 rounds, tidaklah murid pegang kad yang sama dan menguasai perkataan yang sama sahaja. Lagi mudah nak nampak murid mana yang tak menguasai dan perkataan yang tak dikuasai. Penilaian pun sangat jelas.

Yang penting di sini, setiap murid berpeluang untuk angkat kad. Kumpulan paling bagus kerjasamanya itulah yang terbaik.

Setelah murid sudah biasa dan mahir bolehlah dibuat dengan meletakkan semua kad di hadapan kumpulan dan siapa cepat die yang snatch and grab. Balik kepada orginal purpose permainan ini:
- kebolehan mendengar perkataan yang disebutkan (listening)

- mengenal dan memilih perkataan yang disebutkan (reading-recognising)

So dah terbina cohesion & coherence (istilah permainan dalam sukan). Kesefahaman dan kesatupaduan.

Selamat mencuba! 😀








Catat Ulasan

0 Ulasan