Mesti Ada untuk Persediaan PdPc





 Stickey Notes

  • Parking lot untuk murid menampal reaksi mereka terhadap pembelajaran pada hari ini.
  • Entry Ticket untuk murid menyatakan persoalan-persoalan yang mereka ada tentang tajuk yang akan dipelajari.
  • Membuat undian .
  • Quiz- Quiz Trade dengan murid  berjual beli soalan.


 Bulding Blocks

  • Murid bina struktur ayat. Contoh merah untuk kata nama, biru untuk kata kerja,  hijau untuk objek.
  • Membuat pengiraan rows dan columns.
  • Murid membina struktur.
  • Gamifikasi dengan murid diberikan ganjaran beberapa biji atas pencapaian mereka dan murid membina objek baru hasil daripada blok-blok terkumpul.
  • Set induksi dengan murid beri gambaran tentang tajuk berdasarkan kreativiti mereka.
  • Rumusan dengan murid beri rumusan isi pembelajaran dipersembahkan dalam bentuk-bentuk binaan dan warna.

 Pen Warna

  • Murid guna warna tertentu sebagai soalan, warna lain sebagai beri jawapan kepada soalan rakan sementara warna satu lagi untuk soalan tambahan.
  • Mengunakan warna berbeza untuk struktur berbeza.
  • Bagi setiap jawapan yang betul, murid dibei satu pen warna dan mereka boleh gunakannya untuk menghias nama mereka.


Dice
  • Menjadi nombor untuk penentuan giliran
  • Untuk Matematik, murid menambah senarai nombor dan semak dalam kumpulan.
  • Nombor-nombor juga boleh menjadi aras soalan untuk si pembaling.
  • Murid menyelesaikan tugas tertentu mengikut nombor yang tertera pada dadu. Contohnya  3 untuk bina 3 ayat mudah. 2 untuk beri 2 simpulan bahasa yang bermula dengan perkataan hati atau 4 untuk senaraikan 4 musim untuk negera beriklim mengikut musim.



Sticker
Stiker ada dua. Satu ialah jenis gambar-gambar atau ikon-ikon menarik. Satu lagi ialah sticker huruf.

  • Sebagai ganjaran untuk murid.
  • Ganjaran terkumpul bagi individu.
  • Murid bina profil berdasarkan sticker yang diberi atau terkumpul.
  • Hiasan kreatif bagi hasil perbincangan kumpulan. 

 Popsicle Sticks

  • Nama murid ditulis pada batang aiskrim dan batang aiskrim dipilih secara rawak. Semua batang aiskrim di keluarkan dan itu bermakna semua murid telah menjawab soalan.
  • Murid menuliskan soalan yang mereka tidak jelas dan mereka bertukar-tukar soalan.
  • Soalan secara rawak ditulis pada batang-batang aiskrim tersebut
  • Ganjaran dengan murid menulis nama mereka pada batang aiskrim tersebut.

Kertas Warna
  • Sebagai aktiviti untuk permainan kad (lebih 30 permainan kad menarik boleh dibuat).
  • Ganti kepada Traffic Light Cards dengan lebih fungsi 
  • Membuat kraf.
  • Gamifikasi kepada murid.
  • Nota ringkas berwarna.



Penutup Botol

  • Digunakan sebagai token giliran dalam Talking Chips
  • Murid membuat pengiraan sifir
  • Menjadi petunjuk akumulatif ganjaran daripada guru.
  • Sesuai sebagai aktiviti 'Pass the Cap' dan orang yang tidak dapat sebutkan satu perkataan akan menyimpan 'cap' tersebut.


Pastikan ada ada simpan ini sebagai contigency plan dan sebagai alat-alat aktiviti set induksi walaupun anda bercadang menjadikan kelas anda ICT based sepenuhnya.

Mahu lebih idea? Nak belajar cara-cara mengendalikan aktiviti PdPc? Join t.me/mudahmengajar


Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku





Mesti Ada untuk Persediaan PdPc Mesti Ada untuk Persediaan PdPc Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on October 06, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.