PROJEK ATAUPUN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK?



Dewasa kini, sering kita dengar pembelajaran berasaskan projek sebagai salah satu pemerkasaan penguasaan berfikir aras tinggi murid selaras dengan prograsm TS25. Di samping menjana pemikiran aras tinggi murid, ia juga dipergiatkan untuk memupuk kemahiran 4K dan 1N murid (rujuk 4K 1N di sini). Masih terdapat tanda tanya, adakah pembelajaran berasaskan projek  (PBP) ini sama dengan projek atau kerja khusus?

Mari kita lihat perbezaan antara kedua-duanya seperti berikut:
1. Projek mempunyai tempoh masa tertentu dan berlaku di luar kelas. PBP boleh dilakukan dalam kelas sahaja sehinggalah kepada sesuatu tempoh masa.
2. Projek boleh dilakukan seorangan sementara PBP mesti dibuat secara berkumpulan.
3. Projek berfokus kepada pencapaian individu sementara PBP memberi penekananan kepada pencapaian kumpulan dan soft skills seperti komunikasi, interaksi dan sebagainya. 
4. PBP adalah berpusatkan guru, menunggu arahan dan menyiapkan tugasan. PBP berpusatkan murid, memberi ruang untuk murid menghasilkan sesatu produk mengikut kreativiti mereka.
5. Projek memberi perhatian kepada kualiti dan kuantiti produk. PBP memberi penekanan kepada proses pembelajaran sepanjang projek ini dijalankan.
6. Projek bersifat individu dan dihantar kepada guru atau panel. PBP bertujuan untuk tayangan umum, persembahan meluas serta manfaat orang awam.
7. Cara menghasilkan sesuatu produk daripada projek adalah tetap sementara PBP memberi ruang untuk ahli kumpulan PBP memilih dan menghasilkan mengikut kemahuan mereka.
8. Projek adalah berdasarkan pembelajaran topikal sementara PBP adalah rentetan daripada masalah sebenar dan situasi sebenar kehidupan.
9. Projek adalah hasil daripada pemahaman sebenar tentang topik atau kemahiran. PBP pula adalah satu proses untuk mendapatkan pemahaman sebenar tentang topik atau kemahiran tertentu. 


Mahu perbincangan lebih lanjut, nak bertanya?
join kami:
t.me/mudahmengajar.

Catat Ulasan

0 Ulasan