Penghasilan Ebook Oleh Murid



Dalam pembelajaran berasaskan projek, salah satu perkara yang penting ialah penghasilan produk oleh murid. Selain daripada mereka cipta sesuatu yang baru, murid juga boleh menghasilkan buku skrap, video, poster, infografik dan banyak lagi. Ebook atau buku digital adalah antara produk yang boleh dihasilkan sesuai dengan pembelajaran berasaskan projek. 

Bermula dengan proses inkuiri, guru boleh menyediakan satu tugasan untuk murid mendapatkan maklumat. Dengan menggunakan langkah-langkah berikut, guru boleh membantu murid belajar secara kolaboratif dan menghasilkan sesuatu.

Langkah 1: Buka Google Slides dan berikan tajuk. 



Langkah 2: Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan buat 1 atau 2 slaid. Jika 1 slaid, ada 6 kumpulan maka 6 slaid. Jika 2 slaid, ada 6 kumpula maka 12 slaid.

Langkah 3: Klik button share, pilih Anyone with the link can edit.



Langkah 4: Copy dan berikan pada link. Murid perlu buka daripada komputer, tablet atau fon.


Langkah 5: Murid edit slaid.


Langkah 6: Setelah siap. Download as Pdf dan terhasillah ebook. ebook boleh dibuka dengan 3D Flip Viewer untuk flipping effects. 



Bukan sahaja produk dapat dihasilkan, guru juga dapat menjimatkan masa serta ada rekod penglibatan murid dalam pembelajaran, sama ada semasa pdpc atau flipped classroom.

Terima kasih. Jangan lupa add fb saya, Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku dan t.me/mudahmengajar, untuk lebih perkongsian. 

Catat Ulasan

4 Ulasan